ANALISIS PERBANDINGAN TERHADAP ISTILAH AKHLAK DAN TINGKAH LAKU BERAGAMA

  • Nor Nazimi Mohd Mustaffa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Jaffary Awang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Aminudin Basir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Abstract

Akhlak adalah satu istilah bahasa Arab yang menggambarkan tingkah laku seseorang. Istilah ini adalah istilah yang digunapakai oleh sarjana-sarjana Islam dalam membincangkan persoalan tingkah laku manusia. Istilah tingkah laku beragama pula adalah istilah yang diguna oleh sarjana dari Barat juga bagi menggambarkan tingkah laku seseorang. Justeru itu, kedua-dua istilah ini adalah istilah yang menjelaskan berhubung dengan tingkah laku manusia namun sarjana Islam dan sarjana Barat mempunyai istilah yang berbeza. Oleh itu persoalannya, adakah kedua-dua istilah ini membawa maksud yang sama dan apakah persamaan serta perbezaan antara kedua-duanya. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui pendekatan analisis kandungan dokumen secara reduksi data, penyajian data dan membuat kesimpulan. Dokumen yang digunakan adalah karya al-Ghazali iaitu Ihya’ cUlum al-Din (1967), Ibn Miskawayh iaitu Tadhib al-Akhlaq wa Tathhir al-A’raq (1398), karya Argyle iaitu Religious Behavior (1958) dan karya Fierman iaitu The Biology of Religious Behavior (2009). Oleh itu, kajian ini menganalisis perbincangan daripada kedua-dua perspektif seterusnya membuat kesimpulan terhadap istilah-istilah tersebut. Hasil kajian menjelaskan akhlak dan tingkah laku beragama merupakan sesuatu yang berbeza. Akhlak adalah sesuatu yang sangat luas kerana dengan akhlak, akan lahirlah tingkah laku beragama. Akhlak ialah unsur dalaman dalam diri manusia yang menzahirkan unsur luaran iaitu tingkah laku. Ini menjelaskan bahawa tingkah laku dan akhlak adalah unsur yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Namun begitu tingkah laku beragama adalah apa yang boleh dilihat dengan pandangan mata kasar manusia dan boleh dinilai oleh manusia. Ini menjelaskan bahawa perbezaan antara tingkah laku beragama dan akhlak ialah dari sudut dimensi dalaman dan luaran. Tingkah laku beragama adalah dimensi luaran manusia atau secara zahir manakala akhlak ialah dimensi dalaman atau batin manusia. Rumusan bagi pengertian kedua-dua istilah ini menjelaskan bahawa akhlak ialah punca tingkah laku beragama yang mana saling berkait rapat antara satu sama lain.

References

Argyle, M. 1958. Religious Behavior. London: Routledge House & Kegan Paul Ltd.
Cho Minsung & Puteri Roslina Abdul Wahid. 2016. Non-Material Cultural Translation in Korean-Malay Translation Text. Melayu Journal 15(2): 160-175.
Feierman, J. R. 2009. The Biology of Religious Behavior: The Evolutionary Origins of Faith and Religion. California: Praeger.
al-Ghazali, Imam Abi Hamid Muhammad Bin Muhammad al-Ghazali. 1967. Ihya’ cUlum al-Din. Qahirah: Mu’assah al-Halabi wa Syarikah li al Nasyric wa at-Tauzic.
Ibn Miskawayh. 1966. Tahdhib al-Akhlak. Suntingan dan Terjemahan Zurayk, C.K. 1968. The Refinement of Character. Beirut: American University of Beirut.
Jasmi, K. A. 2012. Data Collection Methodology in Qualitative Research in Qualitative Research Course. Qualitative Research Coursework series 1 2012. Organized by the Malaysian Teachers Education Institute Campus Temenggong Ibrahim. Melaka, March 28-29.
Laila Nur Wahyuni. 2013. Pola Pembentukan Perilaku Keberagamaan Peserta Didik Di SMA IT Abu Bakar Yogyakarta. Tesis Sarjana, Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga, Indonesia.
Linguistic Dictionary. 1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Mansoer. 2008. Perilaku Keberagamaan Remaja Kasus Pada Siswa SLTA Di Kota Jakarta Selatan, Kabupaten Sukabumi dan Kabupaten Lebak. Tesis Sarjana, Institut Pertanian Bogor.
Nasir Omar. 2016. Falsafah Akhlak. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Subandi, M.A. 2013. Psikologi Agama dan Kesihatan Mental. Jakarta: Pustaka Pelajar.
Zaliza Zubir & Mahfuzah Md Daud. 2014. Terminology in Scientific Field. Journal of Human Development & Communication 3 (special issue):93-113.
Published
2019-12-16
How to Cite
MOHD MUSTAFFA, Nor Nazimi; AWANG, Jaffary; BASIR, Aminudin. ANALISIS PERBANDINGAN TERHADAP ISTILAH AKHLAK DAN TINGKAH LAKU BERAGAMA. International Journal of Social Science Research, [S.l.], v. 1, n. 2, p. 88-98, dec. 2019. ISSN 2710-6276. Available at: <http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijssr/article/view/8334>. Date accessed: 21 sep. 2020.
Section
Articles