TUAN GURU HAJI HASAN BIN MAT SAMAN: SUMBANGANNYA KEPADA MASYARAKAT

  • H. Y. Ahmad Mujahideen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan, MALAYSIA
  • H. Huzaini Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan, MALAYSIA
  • A. K. Abdullah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan, MALAYSIA
  • C. D. Mohd Zaki Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan, MALAYSIA

Abstract

Kedatangan agama Islam telah merubah keadaan sosial, politik dan ekonomi masyarakat khasnya bagi masyarakat Melayu yang bergama Islam. Kemunculan para ulama dianggap sebagai penyumbang kepada perkembangan Islam di Tanah Melayu tidak dapat disanggah dan dipertikaikan. Di Kelantan, terdapat seorang ulama tersohor yang mempunyai keistimewaannya tersendiri iaitu Tuan Guru Haji Hasan bin Mat Saman atau lebih masyhur dengan panggilan Pak Chu Hasan Tok Wali. Namun begitu, perihal dan sumbangan tokoh ulama ini kurang diketahui masyarakat kerana kurangnya kajian berkaitan dengannya dijalankan. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menjelaskan sumbangan beliau kepada masyarakat agar lebih diketahui ramai. Artikel ini berbentuk kualitatif sepenuhnya yang menggunakan metode pengumpulan data dan penganalisaan data yang melibatkan kaedah kepustakaan dan temu bual. Artikel ini menjelaskan bahawa Tuan Guru Haji Hasan bin Mat Saman atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Chu Hasan Tok Wali merupakan seorang tokoh ulama Melayu Kelantan yang banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat khususnya dalam penyebaran ilmu agama, perubatan Islam, pemberian sumbangan kepada yang memerlukan dan lain-lain sama ada di Kelantan atau di Selatan Thai. Beliau juga pernah terlibat dalam kancah politik tanah air dengan menjadi calon di Parlimen Ulu Kelantan dalam Pilihan Raya Umum pada tahun 1982.

References

Abdul Halim Mat Nor. (2019, 5 Mac). Sumbangan Hasan Mat Saman (Temu bual).
Abu Hasan Musa. (2019, 4 April). Sumbangan Hasan Mat Saman (Temu bual).
Ahmad Mujahideen Haji Yusoff. (2019). Metodologi Penulisan Dan Takhrij Hadis Dalam Kitab Bersiri 40 Hadis Membudayakan al-Sunnah”. Tesis Dr. Fal, Pusat Pengajian Bahasa Dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan.
Bakhtiar Mohd. Fakhruddin. (2019, 2 April). Sumbangan Hasan Mat Saman (Temu bual).
Che Deraman Che Wil. (2019, 19 Februari). Sumbangan Hasan Mat Saman (Temu bual).
Che Samsudin b. Mohamed Noor. (2004). Pengajian Hadis Di Kelantan: Satu Kajian Di Institusi Pengajian Pondok. Tesis Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Hasan Daud. (2019, 12 Mac). Sumbangan Hasan Mat Saman (Temu bual).
Huzaini Hashim et. al. (2020). Allahyarham Hasan Bn Mat Saman: Sejarah Hidup, Karamah Dan Sumbangannya Kepada Masyarakat. Kota Bharu: Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismal Petra (KIAS).
Hydzelan Hashim. (2006). Tok Wali Hasan: Kota Bharu: Futraco Sdn. Bhd.
Kamilah Che Roni. (2019, 19 Mac). Sumbangan Hasan Mat Saman (Temu bual).
Md Ramly Mahmood. (2006). Peranan Pondok Dalam Pendidikan Islam Di Kelantan: Satu Kajian Di Pasir Mas, Kelantan. Tesis Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Mohd Zulhisyam Che Wil. (2019, 26 Februari). Sumbangan Hasan Mat Saman (Temu bual).
Munah Salleh. (2019, 19 Februari). Sumbangan Hasan Mat Saman (Temu bual).
Nor Azrina @ Nor Azura Ab. Rahman. (2007). Metodologi Penulisan Hadith Dalam Kitab Mastika Hadith Rasulullah S.A.W. Karangan Syeikh Abdullah Basmeih Dan Kawan-Kawan. Tesis Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Rafeah Mamat. (2019, 26 Februari). Sumbangan Hasan Mat Saman (Temu bual).
Saudah Ahmad. (2019, 19 Mac). Sumbangan Hasan Mat Saman (Temu bual).
Sepiah binti Yakub. (2019, 26 Februari). Sumbangan Hasan Mat Saman (Temu bual).
Shafwan Ismail. (2019). Pemikiran Ahmad Ismail Asasi Dalam Bidang Sosial Dan Politik Di Kelantan: Penelitian Terhadap Majalah al-Hikmah. Tesis Dr. Fal, Pusat Pengajian Bahasa Dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan.
Wan Mohd Shaghir Abdullah. (2000). Wawasan Pemikiran Islam: Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.
Published
2020-05-12
How to Cite
AHMAD MUJAHIDEEN, H. Y. et al. TUAN GURU HAJI HASAN BIN MAT SAMAN: SUMBANGANNYA KEPADA MASYARAKAT. International Journal of Social Science Research, [S.l.], v. 2, n. 2, p. 32-38, may 2020. ISSN 2710-6276. Available at: <http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijssr/article/view/9169>. Date accessed: 13 july 2020.
Section
Articles