KECERDASAN EMOSI DALAM KALANGAN ATLET OLAHRAGA JOHOR DI MAKSAK 2019

  • Siti Noratiqah Roni Yusni Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, MALAYSIA
  • Tajul Arifin Muhamad Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, MALAYSIA

Abstract

Kajian ini adalah untuk melihat tahap kecerdasan emosi terhadap atlet MAKSAK Negeri Johor yang mewakili olahraga di MAKSAK 2019. Instrumen kajian adalah kuantitatif di mana borang soal selidik telah diedarkan kepada sampel berdisiplin seramai 30 orang serta terdiri daripada enam bahagian iaitu Demografi di Bahagian A, Kesedaran Diri di Bahagian B, Pengurusan Emosi di Bahagian C, Motivasi Diri di Bahagian D, Empati di Bahagian E dan Kemahiran Sosial di Bahagian F. Data kajian dianalisis menggunakan Statistical Package of Social Science Version 22. Hasil dapatan menunjukkan tahap keseluruhan bagi kecerdasan emosi (min= 2.94, SP= 0.180) dalam kalangan olahraga MAKSAK Johor adalah berada pada tahap yang sederhana. Melalui ujian-t mendapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi mengawal emosi [t = 2.366, p= 0.025] berdasarkan jantina. Dapatan ini juga menunjukkan kecerdasan emosi dari aspek mengawal emosi dalam kalangan olahraga lelaki (min = 2.90, SP = 0.273) adalah lebih tinggi daripada olahraga perempuan (min = 2.65, SP = 0.306). Hasil analisis varians sehala menunjukkan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kecerdasan emosi dari aspek kesedaran diri [F(3, 26) = 0.653, p = 0.588], mengawal emosi [F(3, 26) = 1.340, p = 0.283], motivasi diri [F(3, 26) = 0.865, p = 0.472], empati [F(3, 26) = 1.090, p = 0.371] dan kemahiran bersosial [F(3, 26) = 0671, p = 0.578] berdasarkan skim perkhidmatan responden. Hasil analisis korelasi menunjukkan kecerdasan emosi (r = 0.086, p > 0.05) tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan skim perkhidmatan dalam kalangan olahraga MAKSAK Johor. Hasil daripada kajian ini dapat membantu persatuan MAKSAK Negeri Johor dalam memupuk setiap atlet untuk menghasilkan kejayaan serta mengharumkan nama baik negeri mereka.

References

Callahan, J. L. (2008). The four C's of emotion: A framework for managing emotions in organizations. Organization Development Journal, 26(2), 33-37.
Ganji, M. (2011). Emotional intelligence. Tehran: Savalan Publication.
Komarudin. (2013) Psikologi Olahraga Latihan Mentasl Dalam Olahraga Kompetitif. Bandung, Rosdakarya.
Laborde, S., Dosseville, F., & Allen, M. (2016). Emotional intelligence in sport and exercise: A systematic review. Scandinavian Journal of Medicine & Science in Sports, 26 (8), 862–874.
Laborde, S., Mosley, E., Ackermann, S., Mrsic, A., & Dosseville, F. (2018). Emotional intelligence in sports and physical activity: an intervention focus. In Emotional intelligence in education (pp. 289-320). Springer, Cham.
Lee, Y. H., & Chelladurai, P. (2017). Affectivity, emotional labor, emotional exhaustion, and emotional intelligence in coaching. Journal of Applied Sport Psychology, 28(2), 170-184.
Mohamad, M., & Jais, J. (2016). Emotional intelligence and job performance: A study among Malaysian teachers. Procedia Economics and Finance, 35, 674-682.
Pasand, F., Mohammadi, N., Soltani, E., & Bazgir, B. (2013). Comparison of emotional intelligence in athletes and non-athletes, based on some demographic variables. European Journal of Scientific Research, 116(3), 302-310.
Salavera, C., Usán, P. y Jarie, L. (2017). Emotional intelligence and social skills on self-efficacy in Secondary Education students. Are there gender differences? Journal of Adolescence, 60, 39-46.
Salovey P & Mayer J D (1990). Emotional intelligence. Imagination, Cognition and Personality. 9(3), 185-211.
Sánchez-Mateos, R. Z., Peruyero, F., & Murcia, J. A. M. (2018). Autonomy support in the aquatic motivational healthy program through the SDT. Motricidade, 14(2-3), 95-106.
Soflu, H. G., Esfahani, N., & Assadi, H. (2011). The Comparison of emotional intelligence and psychological skills and their relationship with experience among individual and Team athletes in superior league. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 30, 2394-2400.
Sutton, A. (2016). Measuring the effects of self-awareness: Construction of the self-awareness outcomes questionnaire. Europe's journal of psychology, 12(4), 645.
Vaughan, R., Laborde, S., & McConville, C. (2019). The effect of athletic expertise and trait emotional intelligence on decision-making. European journal of sport science, 19(2), 225-233.
Zizzi, S., Deaner, H., & Hirschhorn, D. (2003). The relationship between emotional intelligence and performance among college basketball players. Journal of Applied Sport Psychology, 15(3), 262-269.
Published
2020-06-27
How to Cite
RONI YUSNI, Siti Noratiqah; MUHAMAD, Tajul Arifin. KECERDASAN EMOSI DALAM KALANGAN ATLET OLAHRAGA JOHOR DI MAKSAK 2019. International Journal of Social Science Research, [S.l.], v. 2, n. 2, p. 85-99, june 2020. ISSN 2710-6276. Available at: <http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijssr/article/view/9849>. Date accessed: 13 july 2020.
Section
Articles