Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar Di Sekolah Kebangsaan Daerah Kuala Langat

  • Menaha Ramasamy
  • Jamalul Lail Abdul Wahab

Abstract

Kepimpinan instruksional merujuk kepada usaha untuk menggalakkan dan menyokong pihak-pihak yang terlibat dalam proses pengurusan  untuk mencapai matlamat sekolah dan penubuhan sistem sosial sekolah yang berkesan.. Dalam usaha mencapai kecemerlangan berterusan, kepimpinan sekolah perlu berperanan secara proaktif untuk membangunkan para guru kerana guru merupakan pelaksana dasar, visi dan misi sekolah dalam mencapai matlamat sekolah dan seterusnya merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar di  sekolah kebangsaan di Daerah Kuala Langat. Kajian ini bertujuan untuk membantu pihak pentadbir di sekolah melihat secara telus permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam usaha mengoptimumkan integrasi kepimpinan guru melalui kepimpinan guru besar yang berkesan  Selain itu, membawa satu kesedaran bahawa teori kepimpinan instruksional guru besar dalam membantu guru untuk menjamin kualiti dan prestasi dalam profesion pendidikan. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan bagi tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar dengan dimensi-dimensi yang diamalkannya di sekolah kebangsaan di daerah Kuala Langat adalah berada pada tahap yang tinggi. Ini bererti pentadbir memberi penekanan terhadap kehendak dan matlamat sekolah secara maksimum kepada warga sekolah kerana matlamat adalah halatuju sesebuah sekolah. Pentadbir perlu memberi penekanan terhadap amalan kepimpinan instruksional dengan lebih menekankan akauntabiliti pihak sekolah sendiri dalam memajukan sekolah dalam mencapai kecemerlangan sekolah yang sentiasa terjamin.

References

Zakaria, Othman (2016) Kepimpinan instruksional guru besar di sekolah kurang murid / Zakaria Othman. PhD thesis, University of Malaya
Niqab, Sharma, Wei & Maulod (2014), Instructional Leadership Potential among School Principals in Pakistan
Christine M. Neumerski, (2013). Rethinking Instructional Leadership, Review: What We Learn About Leadership, Teachers, and Coaches, and Where Will We Go From Here?
Bendickson, Linda;Robinson, Vivian; Hattie, John, (2012). Key instructional leadership and high school achievement.
Lea Anne; Kersten, Thomas, (2012). The Role of Elementary Principals in Frost's Special Education Teaching Leadership.
Mohd Ibrahim K. Azeez, Mohammed Sani Ibrahim, Rosemawati Mustapa, (2015). Kompetensi Kepemimpinan Instruksional Di Kalangan Pengetua Sekolah Satu Kajian Empirikal Di Negeri Selangor
Zakaria Othman (2016). Kepimpinan instruksional guru besar di sekolah kurang murid.
Mohd Ramzan, Awang, (2014). Pengaruh amalan kepimpinan Penolong Kanan Pentadbiran dan iklim sekolah sihat ke atas komitmen guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kluster Kecemerlangan,
Muhammad Faizal*& Abd. Khalil Adnan.(2015). Model Program Perkembangan Profesionalisme Guru Malaysia: Satu Kajian Analisis Keperluan di Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan April 2015,Bil 2 Isu 2.
Published
2020-06-15
How to Cite
RAMASAMY, Menaha; ABDUL WAHAB, Jamalul Lail. Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar Di Sekolah Kebangsaan Daerah Kuala Langat. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 2, n. 2, p. 1-8, june 2020. ISSN 2682-826X. Available at: <http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/9675>. Date accessed: 11 aug. 2020.
Section
Articles