Analisis Kesalahan Tatabahasa Dalam Penulisan Bahasa Inggeris: Satu Kajian Kes

  • Graeszila Anak Jonathan Bajang
  • Ruhizan Mohammad Yasin

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam penulisan Bahasa Inggeris dan  mengenalpasti jenis  kesalahan yang  dilakukan dalam setiap kategori. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif  berbentuk kajian kes dan menggunakan persampelan bertujuan. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk mendapatkan data. Peserta kajian terdiri daripada 13 orang pelajar Tahun 6 di sebuah sekolah di luar bandar Sibu, Sarawak.  Sejumlah 26 skrip jawapan pelajar dianalisis berdasarkan Taksonomi Strategi Permukaan dan dikelaskan kepada empat kategori iaitu kesalahan pengurangan unsur , kesalahan penambahan unsur, kesalahan pemilihan unsur dan kesalahan penyusunan unsur. Dapatan mendapati  kesalahan yang dilakukan meliputi keempat-empat kategori tersebut. Kesalahan yang paling banyak dilakukan ialah kesalahan pemilihan unsur, diikuti kesalahan pengurangan unsur, kesalahan penambahan unsur dan kesalahan  penyusunan unsur. Berdasarkan dapatan, pemahaman peserta kajian di dalam tatabahasa Bahasa Inggeris masih lemah dan memberi kesan terhadap penguasaan mereka di dalam penulisan Bahasa Inggeris. Guru Bahasa Inggeris disarankan untuk mengadaptasi kaedah dan strategi pengajaran yang berkesan agar dapat menangani permasalahan dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di samping terus memberi perangsang kepada pelajar agar minat terhadap matapelajaran Bahasa Inggeris dapat ditingkatkan.

References

Abdullah.N.A.J., ( 2017). An Analysis of the Grammatical Errors Made by FLEE2113 Students and The relation with L1 Interference. National Pre University Seminar 2017, 288-299.
Al-Halawani, Ali.(2018).Error Analysis: A Case Study of Malaysian EFL Learners. The European Proceedings of Social & Behavioural Sciences, 40,93-101.
Amiri, F. & Puteh, M.(2017). Error Analysis in Academic Writing: A Case of International Postgraduates Students in Malaysia. Advances in Language and Literary Studies, 8(4), 141-145.
Corder, S.P. (1976) The Significance of Learner’s ErrorInternational Review of Applied Linguistic, 5(4),161-170.
Halim, H.A., Ang, L. H. & Koh, S. F. (2017) Kesilapan Struktur Ayat Bahasa Mandarin Dalam Kalangan Penutur Natif. Jurnal Kesidang, 2,203-223.
Kasiran S.B., & Rosly, N.J. (2011). Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Karangan Pelajar Asing di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam. 2nd International Language Conference Proceeding, 1-29.
Loi, C. K., Akkakoson, S.,Odacioglu, M. C., Suki, N.M & Bating, H. (2017). Malay ESL Students’ Difficulties in Using English Prepositions. International Journal of Languages and Linguistics, 3(3),122-127.
Manan, N. A., Zamari, Z.M., Pillay, I.A.S., Adnan, A. H. M., Yusof , J. & Raslee, N. N.(2017). Mother Tongue Interference in the Writing of English as a Second Language (ESL) Learners. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences 7 (11), 1294-1301.
Mastan, M.E.B, Maarof , N. & Embi, M.A. (2017).The Effect of Writing Strategy Instruction on ESL Intermediate Proficiency Learners’ Writing Performance. Journal of Educational Research and Review, 5(5),71-78.
Muhsin, M. A., (2016). Analysing the Students Errors in Using Simple Present ( A Case Study at Junior High School in Makasar. Pacific Science Review B: Humanities and Social Science 2,81-87.
Nor, M.H.M., Salleh, N.M. & Baharom, H. ( 2017). Kesilapan Penggunaan Kata Kerja dalam Kalangan Pelajar Melayu Ketika Menstruktur Ayat dalam Penulisan Bahasa Sepanyol. Journal of Social Sciences, 3,1-9.
Shah, N.M.F.S.A., Ma’mor, M.H.,Rosli, M.F.M., Abdullah, N.A.,Yaakub, A.R.Yunus, M.M. & Mohamad, M. (2016).Investigating Interlingual Influence In Pupils’ English Writings: A Case In Sarawak, Malaysia. International Conference On Education Islamic Studies and Social Research.
Published
2020-06-15
How to Cite
JONATHAN BAJANG, Graeszila Anak; YASIN, Ruhizan Mohammad. Analisis Kesalahan Tatabahasa Dalam Penulisan Bahasa Inggeris: Satu Kajian Kes. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 2, n. 2, p. 9-15, june 2020. ISSN 2682-826X. Available at: <http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/9676>. Date accessed: 11 aug. 2020.
Section
Articles