Keberkesanan VAKT Dalam Meningkatkan Penguasaan Membaca Perkataan Digraf Dan Konsonan Bergabung Bahasa Melayu Murid Melanau Di Kelas Pemulihan Khas

  • Nor Qadariah Ishak
  • Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad

Abstract

Kajian dijalankan bagi mengkaji keberkesanan Kaedah VAKT dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan melibatkan digraf dan konsonan bergabung dalam kalangan murid Tahun 2. Empat orang murid Melanau yang mengikuti kelas Pemulihan Khas telah dipilih sebagai sampel kajian kerana mereka tidak menguasai kemahiran bacaan awal dengan baik. Tujuan kajian adalah untuk menganalisis tahap penguasaan murid dalam kemahiran yang diuji setelah Kaedah VAKT diaplikasikan dalam pembelajaran. Pengkaji menggunakan kaedah ujian dan saringan untuk mengutip data kajian. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Dapatan awal daripada Ujian Diagnostik dan saringan Literasi menunjukkan peserta kajian kurang menguasai kemahiran yang diuji. Intervensi dijalankan selama dua minggu dan Kaedah VAKT diaplikasi dalam setiap aktiviti pembelajaran kemahiran membaca perkataan melibatkan digraf dan konsonan bergabung. Selepas intervensi dilaksnakan, peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang positif dan dapat menguasai kemahiran tersebut dengan baik. Kajian ini telah memberikan kesan terhadap keupayaan murid dalam menguasai kemahiran bacaan awal dengan cekap dan lancar. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang secara sistematik menggunakan kaedah dan strategi yang bersesuaian dapat membantu murid meningkatkan penguasaan mereka dalam pelajaran.

References

Annalene van Staden & Nicole Pucell (2016). Multi-sensory learning strategies to support spelling development: a case study of second-language learners with auditory processing difficulties. LCCE, 3(1).
Bahagian Pendidikan Khas (2012). Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dayang Sufilkawany Ujai & Wan Muna Ruzana Wan Mohamad (2016). Pengaruh faktor sosial dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Iban. Jurnal pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 7, Bil. 1: 74-84.
Husin Fateh Din & Nazariyah Sani (2014). Literasi Bahasa Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Irving J. Bierer (2018). The effect of multi-sensory repetition on students with language base learning differences in U.S. history course. Thesis Master of Arts in Teaching Degree. Goucher College.
J.C. Columbus & J. Badusah (2017). Pengaruh persekitaran linguistik terhadap penguasaan lisan dalam kalangan murid Melanau di daerah Mukah.
Khairuddin Mohammad (2011). Literasi Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mazirah Malik (2016). Meningkatkan penguasaan kemahiran asas bacaan menggunakan model jari jemariku menari. Kajian Tindakan Sekolah Rendah.
Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad (2011). Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak- kanak Berkeperluan Khas. Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Naimah Yusoff, Nor Hashimah Hashim & Hashim Othman (2014). Kemahiran Bacaan Awal Bahasa Melayu Prasekolah. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Nor Laila Kuslan (2014). Aktiviti pemulihan bacaan di sebuah sekolah rendah; satu kajian kes. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Malaya.

Nurul Haniza Samsudin (2017). Penggunaan kit asas membaca bahasa Melayu untuk kanak-kanak Pemulihan Khas. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Malaya.
Nurul Sepiah Mohd Noor & Aliza Alias (2019). Aplikasi strategi VAKT (visual, audio, kinesthetic, tactile) terhadap pengamatan murid Pemulihan Khas dalam kemahiran membaca. Prosiding Seminar Wacana Pendidikan (SWAPEN 2.0). Alor Setar.
Nur Shakirah Azizan & Muhammad Saiful Haq (2017). Penguasaan asas membaca Bahasa Melayu melalui Program LINUS di utara Semenanjung Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 28.
Sri Utami Soraya Dewi (2015). Pengaruh metode multsensori dalam meningkatkan kemampuan membaca permulaan pada anak kelas awal sekolah dasar.
Published
2020-06-15
How to Cite
ISHAK, Nor Qadariah; WAN MOHAMMAD, Wan Muna Ruzanna. Keberkesanan VAKT Dalam Meningkatkan Penguasaan Membaca Perkataan Digraf Dan Konsonan Bergabung Bahasa Melayu Murid Melanau Di Kelas Pemulihan Khas. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 2, n. 2, p. 24-31, june 2020. ISSN 2682-826X. Available at: <http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/9678>. Date accessed: 11 aug. 2020.
Section
Articles