Kepimpinan Strategik Dan Hubungannya Dengan Kualiti Pengajaran Guru Di Sekolah Kluster Tamil Daerah Pasir Gudang

  • Kalaimani Ramakrishnan
  • Aida Hanim Abd Hamid

Abstract

Seorang pemimpin perlulah menunjukkan sifat kepimpinan yang mendorong kepada peningkatan mutu kerja dan sokongan daripada orang bawahannya supaya ia dapat meningkatkan prestasi organisasi tersebut. Kualiti pengajaran guru di sekolah tamil kluster di daerah Pasir Gudang diperkatakan semakin menurun. Antara sebab utamanya ialah guru besar sekolah-sekolah tersebut kurang mengamalkan kepimpinan strategik yang dapat memotivasikan guru dalam memberikan pengajaran yang berkualiti. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan kepimpinan strategik dengan kualiti pengajaran guru di sekolah kluster Tamil daerah Pasir Gudang. Kajian ini dapat memberi kepentingan kepada para guru bagi mengamalkan kepimpinan yang terbaik. Pihak PPD dan JPN pula dapat menentu ukur kualiti kepemimpinan seorang guru besar berdasarkan kualiti pengajaran guru sekolah tersebut. Kajian ini merupakan sebuah kajian tinjauan kuantitatif. Instrumen soal selidik telah digunakan dan data yang diperoleh telah dianalisis berdasarkan statistik deskriptif. Seramai 50 orang guru daripada dua buah sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (Kluster) di Daerah Pasir Gudang telah dijadikan sampel kajian ini. Data dikumpul dan dianalisis melalui perisian SPSS Versi 23. Dapatan menunjukkan guru besar SJK Tamil kluster daerah Pasir Gudang menunjukkan tahap kepimpinan strategik yang tinggi dan guru-guru mempunyai kualiti pengajaran yang tinggi. Perancangan strategik, interaksi dan rangkaian komuniti guru besar tidak begitu memberi kesan kepada kualiti pengajaran guru. Namun, motivasi dari guru besar dapat  meningkatkan semangat dalam kalangan guru untuk memberi pengajaran yang berkualiti. Tahap kepimpinan guru besar sahaja tidak dapat memberikan impak kepada kualiti pengajaran guru. Secara keseluruhannya, kualiti pengajaran guru di sekolah tamil kluster di daerah Pasir Gudang dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran yang lain dan bukan dipengaruhi oleh kepimpinan strategik guru besar sekolah tersebut.

References

Mohd Izham Mohd Hamzah. Et al. (2012). Tret Kepimpinan Pengetua Dan Guru Besar Di Malaysia: Perspektif Pentadbir Sekolah. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 23 (1). Pp. 29-43. Issn 1511-4147
Bakar, H. H. (2008). Gaya Kepimpinan Guru Besar Wanita Dan Hubungannya Dengan Komitmen Guru Di Sekolah. Jurnal pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 7.
Brent Davies and Barbara J. Davies. (2008). Strategic Leadership. The Essentials of School Leadership. University of Hull.
Daud, F. B. (2018). Hubungan antara Kepimpinan Transformasi Guru Besar mengikut Persektif Guru dengan Komitmen Guru terhadap Sekolah. Fikiran Masyarakat, 5.
Esa, R. B. (2009). Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Tiga Buah Sekolah Rendah Di Seremban. Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan, 9.
Fazleen Mohamad & Siti Noor Ismail.( 2018). Kepimpinan Strategik Dan Hubungannya Dengan Kualiti Pengajaran Guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(2).
Hamid, N. R. (2006). Gaya Kepimpinan Pengetua Wanita dan Hubungannya dengan Tahap Motivasi Guru Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan, 17
Hamzah, R. M. (2015). Kepimpinan Berkualiti: Perspektif mengenai Kompetensi yang Diperlukan untuk Memimpin dengan Berkesan. Jurnal Pengurusan 45, 12.
Hitt, M. A., & Ireland, R. D. (2002). The Essence of Strategic Leadership: Managing Human and Social Capital. Journal of Leadership & Organizational Studies, 9(1), 3–14.
Ibrahim, S. S. (2010). Cabaran Pemimpin Novis Dalam Mengurus Sumber Manusia Bagi Melahirkan Guru Yang Kompeten. International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI, 9.
Ismail, F. M. (2018). Guru, Kepimpinan Strategik dan Hubungannya Dengan Kualiti Pengajaran. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 12.
Mansor, N. H. (2017). Tahap amalan guru besar serta pengajaran dan pembelajaran guru sekolah rendah. Journal of Society and Space, 13 issue 3, 10.
Mariam Md Salleh, M. S. (2009). Kepimpinan dan Pengurusan Strategik di Institusi Pendidikan Mara. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) (2009) : 219 - 233, 15
Mohammed Sani Ibrahim. (2013). Peranan Guru Kanan Mata Pelajaran Dalam mempertingkatkan Kualiti Pegajaran Guru-guru. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 28–41.
Mua’azam bin Mohamad, Y. b. (2016). Kepimpinan Strategik Dan Hubungannya Dengan Kesediaan Perubahan Warga Organisasi. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 14.
Rahim, S. A. (2015). Teori Kontigensi. Retrieved from https://www.academia.edu/5830155/TEORI_KONTIGENSI
Rahman, A. B. (2010). Hubungan Antara Personaliti Dan Gaya Pengajaran Guru Dengan Pencapaian Matematik PMR: Satu Kajian Di Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi. Retrieved from
http://eprints.utm.my/id/eprint/29529/1/AzilahAbdRahmanMFP2010.pdf
Zain, L. b. (2016). Pengaruh kepimpina instruksional, efikasi dan tugas rutin pengetua terhadap pencapaian akademik. Malaysian Journal of social science and humanities, 24.
Published
2020-06-15
How to Cite
RAMAKRISHNAN, Kalaimani; ABD HAMID, Aida Hanim. Kepimpinan Strategik Dan Hubungannya Dengan Kualiti Pengajaran Guru Di Sekolah Kluster Tamil Daerah Pasir Gudang. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 2, n. 2, p. 57-64, june 2020. ISSN 2682-826X. Available at: <http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/9682>. Date accessed: 11 aug. 2020.
Section
Articles