Simulator Sifat Gas: Pembelajaran Aras Submikroskopik Kimia Menggunakan Telefon Pintar

  • Dani Asmadi Ibrahm
  • Amal Harun

Abstract

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam tajuk sifat gas melalui penggunaan aplikasi Simulator Sifat Gas, suatu aplikasi pembelajaran mudah-alih. Tinjauan awal ke atas dokumen pengajaran dan pembelajaran semasa menunjukkan penekanan pada aras simbolik kimia tetapi kurang penekanan diberikan pada aras submikroskopik kimia. Ini menjadikan kimia sukar difahami, menggalakkan miskonsepsi dan pembelajaran hafalan. Bagi mengatasi masalah ini tindakan dirancang adalah penggunaan Simulator Sifat Gas sebagai alat pembelajaran. Kajian tindakan ini melibatkan 62 orang pelajar dan dijalankan dalam dua gelung. Gelung pertama adalah sesi pembelajaran kendiri menggunakan aplikasi tersebut.  Didapati 58 orang pelajar mencapai gred A dalam ujian pos. Baki pelajar yang tidak mendapat A menjalani sesi pembelajaran tambahan, kali ini dengan bimbingan guru.  Ini membentuk gelung kedua kajian tindakan dan pelajar-pelajar ini juga mendapat gred A selepas sesi ini.  Soal-selidik skala likert sepuluh soalan dan satu soalan terbuka diguna untuk mendapatkan maklum balas pelajar tentang aplikasi tersebut.  Umumnya pelajar sangat setuju dengan penggunaan aplikasi tersebut di mana skor penerimaan pelajar adalah purata 3.6 daripada maksimum 4. Daripada 62 maklum balas terbuka diterima 58 adalah positif. Kesimpulannya Simulator Sifat Gas dapat membantu pelajar memahami dan menjelaskan sifat gas dengan baik dan betul dan dapat membantu guru mencapai objektif pembelajaran dengan penerangan aras submikroskopik lebih terperinci. Justeru penggunaannya secara meluas wajar dipertimbangkan.

References

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria, Australia: Deakin University Press.
Correia, A. P., Koehler, N., Thompson, A. & Phye, G. (2018): The application of PhET simulation to teach gas behaviour on the submicroscopic level: secondary school students’ perceptions, Research in Science & Technological Education. DOI:10.1080/02635143.2018.1487834
Dani Asmadi Ibrahim, Rokiah Jusoh & Kamisah Osman (2010). Pengajaran tajuk Model Atom Bohr peringkat matrikulasi dan tiga aras pembelajaran kimia. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke 4. UKM, Bangi. pp. 563-577.
Dani Asmadi Ibrahim (2014). Ionic equilibria: An analysis on order of thinking skills and achievement of chemistry course objectives. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaaan Program Matrikulasi, Melaka. pp. 63-76.
Johnstone, A. H. (2006). Chemical education research in Glasgow in perspective. Chemistry Education Research and Practice, 7(2), 49-63.
Simbucket.com (2019). Chemthink - Behavior of Gases (HTML5 Version) https://www.simbucket.com/simulation/chemthink-gases
Tsaparlis, G. & Papaphotis, G. (2008). Conceptual versus algorithmic learning in high school chemistry: the case of basic quantum chemical concepts. Part 1. Statistical analysis of a quantitative study. Chemistry Education Research and Practice, 9, 323–331.
Wickham, C. M., Garvin, C. & Tangney, B. (2016). Constructionism and microworld as part of a 21st century learning activity to impact student engagement and confidence in physics. Constructionism in Action Conference Proceedings. 33-41.
Published
2020-06-15
How to Cite
IBRAHM, Dani Asmadi; HARUN, Amal. Simulator Sifat Gas: Pembelajaran Aras Submikroskopik Kimia Menggunakan Telefon Pintar. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 2, n. 2, p. 110-122, june 2020. ISSN 2682-826X. Available at: <http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/9689>. Date accessed: 11 aug. 2020.
Section
Articles