Pengaruh Tafsir Al-Jalalyn Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan: Satu Pendekatan Genetik

  • Mohd Sholeh Sheh Yusuff
  • Yusuf Othman
  • Mat Rani Abdul Manaf

Abstract

Tafsir Nur al-Ihsan merupakan sebuah karya dalam bidang tafsir al-Quran yang ditulis oleh Syeikh Muhammad Sa’id bin Umar. Karya ini digunakan oleh masyarakat sebagai rujukan dalam memahami isi kandungan al-Quran. Namun, pengarang tidak menyatakan sumber rujukannya dengan konvensi dalam menghasilkan karya ini. Hal yang tersebut itu telah mengelirukan masyarakat mengenai kesahihan tafsiran-tafsiran ayat al-Quran yang telah dibuat olehnya. Oleh itu, objektif utama penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengkaji dan mengesan teks asal yang bersumberkan daripada Tafsir al-Jalalyn yang digunakan oleh pengarang dalam menghasilkan Tafsir Nur al-Ihsan, di samping memperlihatkan bagaimana teks itu dipetik oleh pengarang. Proses menganalisis Tafsir Nur al-Ihsan akan menggunakan pendekatan genetik yang dikembangkan oleh Goldmann dalam mengkaji teks asal tersebut. Dalam menjalankan penyelidikan ini, pengkaji merujuk teks daripada Tafsir Nur al-Ihsan dan teks Tafsir al-Jalalyn, dan seterusnya membuat bandingan antara keduanya untuk mengenalpasti persamaan dan perbezaan. Dapatan analisis membuktikan bahawa Syeikh Muhammad Sa’id telah mengaplikasi lima cara ambilan teks yang dipetik daripada Tafsir al-Jalalyn ketika menghasilkan karyanya iaitu menukil teks secara sejajar, menukil teks secara abstrak, menggugurkan sebahagian kalimah yang terdapat dalam teks yang diambil daripada Tafsir al-Jalalyn, menambah huraian dalam teks yang diambil dan menyanggah sebahagian teks yang dirujuk. Kajian ini juga memperlihatkan bahawa tujuan Syeikh Muhammad Sa’id merujuk Tafsir al-Jalalyn ketika menghasilkan karyanya adalah untuk memperkukuhkan tafsiran-tafsiran yang telah dibuat. Oleh itu, beliau berjaya memperkukuhkan tafsiran-tafsirannya apabila teks yang ditulis sejajar dengan teks yang dirujuk. Namun, pada tempat-tempat tertentu, terdapat juga teks daripada Tafsir Nur al-Ihsan bercanggah dengan teks rujukan daripada Tafsir al-Jalalyn yang mengakibatkan tujuan pengukuhan tafsiran pada bahagian ini telah gagal.

References

Abdul Aziz, S. (2001). Kesusasteraan Bandingan: Perkembangan, Pendekatan Praktis. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Rahman, A. R. (2010). Mengenali Tuan Haji Saaid Mufti Ulama Tersohor di Alam Melayu, dalam Seminar Ulama Melayu. Shah Alam: Dewan Seminar, Masjid Sultan Abdul Aziz Shah.
Ahmad, A. (1988). Pengajian Kesusasteraan: Beberapa Pendekatan Ekstrinsik, dalam Hamzah Hamdani (ed.), Konsep dan Pendekatan Sastera, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad, M. N. (2004). Isra’liyyat: Pengaruh Dalam Kitab Tafsir, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Al-Dhahabi, M. H. (2000) Al-Tafsir wa al-Mufassirun. Beirut: Dar al-Yusuf
al-Suyuti dan al-Mahalli, J. D. (1919) Tafsir al-Jalalyn. Dimashq: Dar al-Ulum al-Insaniyyah.
Al-Zarqani, M. (1988). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Qur’an. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Basmeih, A. (2000). Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an. Cetakan ke-16. Kuala Lumpur: Dar al-Fikr.
Endraswara, S. (2011). Metodologi Penelitian Sastra Bandingan. Jakarta: Caps.
Gustaf Sitepu. (2009). Strukturalisme Genetik Asmaraloka, Medan: Universitas Sumatera Utara.
Hutomo, S. S. (1993). Merambah Matahari: Sastra dalam Perbandingan. Surabaya: Gaya Masa.
Ismail, M. N. Z. (2010). Kajian Takhrij Hadith Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan.Disertasi Sarjana Sastera, Universiti Sains Malaysia.
Junus, U. (1996). Teori Moden Sastera dan Permasalahan Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lubis, M. B. (1994). Pendekatan Genetik dalam Kesusasteraan Bandingan: Beberapa Pengantar Awal dalam Jaafar Husin (ed.), Pengantar Kesusasteraan Bandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mat Taib, M. I. (2003). Israiliyyat Dalam Tafsir: Kajian Terhadap Kitab Nur al-Ihsan, Karya Haji Muhammad Said bin Umar. Disertasi Sarjana Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Mujizah. (2012). Metasastra, Bandung: Alqa Print.
Othman, A. R. (2012). Tafsir Nur al-Ihsan: Satu Pengenalan. Temu bual. 07 Julai
Ronidin. (2011). Malin Kundang, Ibunya Durhaka. Lingua Didaktika, Volume 4 No 2, 114-125.
Shaw, J.T. (1990). “Keberhutangan Kesusasteraan dan Kajian Sastera Bandingan”, dalam Newton P. Stallknecht dan Horst Frenz (ed.), Sastera Perbandingan: Kaedah dan Perspektif, Kuala Lumpu: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sheh Yusuff, M. S. (2013a). Bacaan Intertekstual Teks Fadilat dalam Tafsīr Nūr al-Iḥsān. Jurnal Usuluddin, 37, 33-55.
Sheh Yusuff, M. S. (2013b). Tafsir Nur al-Ihsan by Syeikh Muhammad Sa’id: An Intertextual Reading. International Journal of Humanities and Social Science, vol. 3, no. 10, 164-171.
Sinar, T. T. Z. (2003). Pancaran Filosofis Rabindranath Tagore dan Hinduisme pada Sanusi Pane: Satu Pendekatan Genetik. Studia Kultura, Nomor 3 Tahun 2, 211-228.
Umar, M. S. (1391H/1970M). Tafsir Nur al-Ihsan. Fatani: Matba’ah Bin Halabi.
Wan Abdullah, W. N. (2008). Tafsir Tarjuman al-Mustafid: KajianIntertekstualiti. Tesis Doktor Falsafah Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Zamri Rajab, Z. dan Abu Bakar, K. (2011). Penggunaan Shahid al-Qur’ān Dalam Kitab Sharh Ibn Aqīl Dan Sharh Qatr Al-Nadā Wa Bal Al-Sadā Bab al-Marfu’āt: Satu Kajian Bandingan. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 11(2), 83-98.
Published
2020-06-15
How to Cite
SHEH YUSUFF, Mohd Sholeh; OTHMAN, Yusuf; ABDUL MANAF, Mat Rani. Pengaruh Tafsir Al-Jalalyn Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan: Satu Pendekatan Genetik. Jurnal Dunia Pengurusan, [S.l.], v. 2, n. 2, p. 25-38, june 2020. ISSN 2682-8251. Available at: <http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/9599>. Date accessed: 11 aug. 2020.
Section
Articles