Current Issue

Vol 19 No 2 (2019): Jurnal Bahasa Jilid 19 Bil. 2 Disember 2019
View All Issues

Jurnal Bahasa merupakan jurnal berwasit yang diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Jun dan Disember oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Terbitan pertama bermula pada bulan Mac 2001.

Tujuan jurnal ini adalah untuk mengembangkan bidang linguistik dalam bahasa Melayu. Jurnal ini menjadi wadah kepada ahli linguistik membentangkan pandangan dan penemuan mereka dalam bidang linguistik. Pelbagai aspek bidang bahasa seperti peristilahan, perkamusan, tatabahasa, dialektologi, etimologi, ejaan, pangkalan data kebangsaan dan kosa kata dibincangkan dalam jurnal ini. Sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan dan sumber rujukan ahli linguistik, guru bahasa, siswa dan para ilmuwan.

Jurnal Bahasa diindekskan dalam MyJurnal, MyCite dan Islamic World Science Citation Center (ISC)

Layari http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress untuk maklumat lanjut